Allahyarham Zaini B osman -Maahad Islami Littarbiah WattAhfiz- Pasir Gudang
AllAhyarhamah Hanem Bte Sulaiman -iBonDa kepaDa NurhiDayah Bte esa-
SemoGa Roh MerekA diTemPatkan Di tempat-tempat oRang2 yanG BerIman..InsYaaLah..
AmiN...
<uNtuK mU TemaN
Di sini kita pernah bertemu Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah Dendangan lagu tanda ingatanku Kepadamu teman Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu Takkanku lupa Walau badai datang melanda Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan Dan akhirnya kita dipisahkan Mungkinkah menguji kesetiaan Kejujuran dan kemanisan iman Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janji-Nya Bertemu berpisah kita Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian Terangilah kamar kesabaran Pergilah gelita hadirlah cahaya........
4 BRO
SHEIKH FAIZAL BIN SHEIKH YUSUF ABD JALIL BIN ABD RAZAK MUSA BIN MOHAMMAD MOHD ARIFF BIN AHMAD SABRI
FRIENDSHIP,SECRIFICE,UNITE,
Untukmu Nur Hidayah
Kuanggap dirimu Nur, Seorang pahlawan, Kuajadikan dirimu Nur, Seorang kawan,
Sentiasa disisi tika ku kau perlu Sentiasa ku datang bila ku kau tunggu,
Dahulu kita tidak begini, Masing masing dengan hal sendiri,
Masing masing dengan kerjaya, Hingga lupa akan waktunya, Hingga lupakan saat semasa, Kita bersama,
OOh..mengapa.. Persahabatan yang kita bina, Berakhir begitu saja..
Ku keliru, Apakah kerna salahku, maafkan aku,
Bagai aur dan tebing, Kita diumpamakan, Semangat bersaudara semasa kita bersama, kau hilang entah kemana, Berubah sekelip mata, kini kau tiada lagi disisi,
Dengar lah jeritan hatiku Nur, Tika ku dibwah ku mendongak keatas melihatmu, Hari akan berganti, Tika ku di atas, Pandanglah ku kelangit Nur, Agar aku tersenyum dan mengangkat mu sedarjat dengan ku..
Buat renungan semua pembaca..selami lah apa yang tersurat dan tersirat semoga dapat iqtibar
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama diAnkara. 4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden" 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki. 9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan 12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam 17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2. Sakit jantung 3. Penyakit darah tinggi 4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil
Al-Ma'arij: 19-21
Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
As-Saff: 3
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan
Al-Baqarah: 263
Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah
Hadis riwayat Muslim
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian
Hadis riwayat Muslim
Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan( lebih dahulu)
Hadis riwayat Bukhari
Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka
Hadis riwayat Bukhari
Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati
Hadis riwayat Abu Dunya
Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi
Celakalah orang yang ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu, celakalah dia
Hadis riwayat At-Tarmidzi
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
Khalifah Umar al-Khattab
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
Khalifah Umar al-Khattab
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah
Abu Bakar As-Siddiq
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya( yang berilmu juga)
Khalifah Ali bin Abi Talib
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
Khalifah Ali bin Abi Talib
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
ahli hikmah
Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas
ahli hikmah
Musibah manusia di dunia:
·Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
·Maut pada waktu masih muda
·Buta setelah melihat
·Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
ahli hikmah
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
Yazid bin Abi Habib
Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya
Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya
Ahmad Athaillah
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban
Al-Hassan Al-Bashri
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
Ibrahim bin Adham
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman
Abul Qasim Al-Junaid
Hai anakku! Apabilaperut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah
ahli hikmah
Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya
ahli hikmah
Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
ahli hikmah
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit
aku ada seoarng rakan yg sgt baik..perempuan ar tp.. periang orgnya..anak yatim piatu.. sangat kesian aku pd die.. die junior aku..dulu seblm aku kuar dari unittar tu aku wat bodoh je ngn dier tp pas kuar ni ntah cam ner leh rapat lak..
cam pelik ar ckit..tp tu sume ketentuan ilahi..aku syg kn dier sbgai seorg kwn..beberapa kali ku terdengar ttg perasaan dier terhadap aku.. dier ni lain ckit tau org nye..aku sedang mencari perempuan yg bukan plastik moulding..jadi aku bnyk test pompuan..sume yg aku jmpa cam same je ngn org lain.WALAUPUN BERTUDUNG.tapi dier ni lain..terlalu kuat berahsia,memendam rase dan bnyak lagi..
pernah sekali aku bwk budak pmpuan ni g tgk wayang..aku cma nk tgk dier ni orgnya macm mne..aku try pgg tgn die n mengusap rambutnya..die agak berbeza dgn pompuan lain..tiada riaksi..
dari situ aku dpt membaca yg dier bkn sebarangn pompuan dan bukan jnis pompuan2 yg aku knal sebelum ni..
hu3..kadang2 rase cam klakar je pompuan ni kan..xleh wat baik..wat baik je nnti de je prasaan tu la...ni la..ayo..
aku sedar aku ni sering wat ksilapan..sume manusia buat kesilapan.. sebelum aku terus bkawan ngn dier aku dah warning ngn dier yg dier akn kecewa ngn aku..coz aku dh xder prasaan..n dier akn dengar segala keburukan ak dari org lain.org degil..dier ckp xpe..slagi dier xkne dier xkn pecaya...hmmm..
skarang..perkara yg ku ckpkn tu telah pon terjadi..aku di marahi.. tidak ditegur..tidak dilayan..mula2 heran la...lme2 dh rse cam terbiasa lak ngn kerenah org mcm ni..kesian ngn perasaan dier..ader yg nk menolong..konon2 kepoh la nk settlekn tapi upanya dier la syaitan..yg disampaikan lain yg diberitahu lain..aku ckp 2 ayat je..de dier tambah lg 8 ayat..adeh..jahat kan manusia camni..kwn baik dier lak tu..
1 kolej pon ader gak cam ni kan..biar la dorg..kat kolej ni sume pentingkan diri sendiri...kawan kontrak katakan..berkawan semasa study..nnti dorang dah habis study sume wat hal masing2..xder sape nk dgr dah mslah kte.. sume dh pntgkan diri sendiri.. xder maknanya rakan2 sekolej kite ni nk dgor mslh kite ari2..dorg pon de mslah..ha2..
hmm...aku cuma nk mngejar pahala apabila mengangkat seorg wanita yg susah,menderita dan yatim piatu..huhu.. ni balasan yg aku dpt...bkn nya pahala...
jadi..kepada pembaca diruangn ini..
aku nk korang sume jadikan iktibar ke atas kejadian yg ku ceritakan ini.. maaf bagi yang terasa..cuma ingin berkonsi masalah bersama rakan seperjuangan..
BUAT BAIK BERPADA-PADA.. BUAT JAHAT SEKALI SEKALA.
BUAT BAIK X SEMESTINYA DIBALAS BAIK OLEH MANUSIA BUAT JAHAT X SEMSTINYA DIBALAS JAHAT OLEH MANUSIA.
1. Bukak Microsoft Word korang. 2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu.. 3. tukar saiz font tu kepada saiz 48. 4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan Lambang yahudi ...
Hmmmm... Malam raya aku balik jb...sampai dalam pukul 3 pagi... balik ngn ana...my cousin...ringan ckit beban nk bayo minyak n tol.. hu3...
oit...sampai jb 4bro cam dah tau je aku dh nk smpai...ader ke dorg ngumpat aku.. ni yg marah ni..tp ble dh smpai dorg dh tersadai pat umah masing2.. just walad on air pat umah..hmm...p mkn ar pe lagi.. lapo gle beb..chit chat pat ros merah mamak smbil tgk bola..
mcm2 yg dibualkan...rse windu kt 4bro adeh...terlerai gak..ya rabbi.. susah nk di story kan..
Syahdu ble terdengar takbir...mcm nk nangis jerk...laki2 ne leh nangis2.. lumrah azali maha karya agong...ble terdengar takbir mesti sedih nye la... teringat kat aruah Alvin...ya Allah...windunya aku kat dier...
Dah 5 tahun dier meninggalkan kami berempat...sunyi tanpanya.. mcm ne ar prasaan Nur ek? mesti sedih Dngor taKbir ni..Mesti dier tringtkan mak dier..kalu la aku dpt teman dier mlm tu.. ah..org xingt aku yg aku sebok2 ingt org wat pe kan..
Pagi tu leh mcm terjge lak kan.. wake up awl beb...mcm semangat je nk solat raye..hmmm....4 bro sume ader... tu yg sronok...
bnyk la klu nk citer ni... direngkaskan memang hapy ar...ngan family lagi..adik2 aku dok pekena kan aku je ni...mcm de pape lak..adeh.... dah lme tak jumpa dok menyakat je la...sabo je la...
Allhamdulillah thn ni dpt solat raya korban,... Entah2 thn dpn dh tutup mte xdpt nk solat rye lg..
Ya Allah Ya tuhanku...Aku bersyukur kepadamu kerna Kau masih mengurniakan Nyawa Untuk ku Untuk terus hidup..Agar ape Yang kau kurniakan kepadaku ini kan memberikan rahmat kepada Ku...amin...
Bagi pembaca yang singgah memasuki blog ana ni syukran diucapkan.. Disini, ana ingin berkongsi pengalaman bersama anta n anti sekalian.. ia mengenai pengalaman yang telah ana lalui sepanjang hidup ana 23 tahun ni.. Semoga apa yang ana perkatakan ini dapat menjadi renungan sesama kita insyaallah..
Ianya mengenai kehidupan.. Kehidupan kita sangat perbeza..Perbezaan dari segi kasta kehidupan.. yang baik,buruk,kaya,miskin dan sederhana..
Yang kaya dihormati,yang miskin dihina. yang baik disanjung,yang jahat di cerca. Zalim sungguh bumi Allah ni... Pelbagai kerenah manusia.. Subhanallah..
Perbezaan yang diatas dapat kita hindar jika sesama kita mempunyai sifat kasih dan sayang didalam hati.. tapi sayang,Manusia sudah hilang sifat kasih sayang dan perikemanusiaan.. Manusia semakin kufur..MasyaAllah..
Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Pada Hari kiamat Allah akan berfirman, 'Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan melindungi mereka sebab hari ini tiada perlindungan selain daripada perlindungan-Ku." (Muslim)
Kasih sayang harus dipupuk oleh ibu bapa sahabat handai,keluarga serta saudara mara.. Itu sahaja yang tinggal.. Jika itu pun hilang.. Mafi Kalam...
Rakan2 ku..Mari kita sedar serta mengenali diri kita.. ana dahulu bersifat angkuh serta ego dalam apa jua yang ana lakukan.. percayalah kenyataan ini...Datang dari hati.. Kita perlu mencari matlamat hidup kita sendiri.. Bukan orang lain yang tentukan..
Kita perlu pandai mencari harta dunia serta akhirat.. Ya Allah, Jikalau kita tidak berilmu.. orang sindir kita.. bila kita tidak berharta, orang hina kita.. Kita berbuat baik pada orang...terlampau baiik...di puji.. kita manusia..Kadang kala membuat kesilapan.. Dalamn kebaikan sekali kita terbuat kejahatan.............. hmmmm...orang akan ingat je kejahatan kita.. yang baik dilupakan... Zalim tak hamba di muka bumi Allah ini...?
Allah SWT telah menyifatkan orang-orang mukmin dengan firman-Nya :
"Berkasih sayang sesama mereka". (Al-Fath : 29)
Wahai kawanku...Ingat la agama..Amalkan lah syariat... itu yang utama..Biar apa orang nk kata... semuanya telah tersirat di Siratal mustaqim..
Muhasabahlah diri kita... Ana masih teringat pesanan ustaz Anuar di Maahad Islami Littarbiah Wattahfiz,Pasir Gudang, Tunding jari kita pada diri kita dahulu sebelum ke diri orang lain..
belajarlah sesuatu yang baru.. kerana tidak semua pengalaman kita sama.. Rancang masa depan kita dan nilai Setiap perubahan dalam hidup kita.. Kita harus bertawakal setelah semuanya kita Usahakan untuk mengubah diri..
InsyaAllah..Allah mah karya agung.. Allahuakbar..
Antara firman Allah dan hadis ialah: Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (Al-Hujarat, 26:10) Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103) Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain. (Hadis riwayat ….) Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya. (Hadis riwayat ….) Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu. (Hadis riwayat ….)
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.